isu isu keprihatinan
Pengenalan Dasar Luar Malaysia yang berhubungkait dengan hal-ehwal serantau dan antarabangsa berfokus untuk mewujud keamanan dan keharmonian negara.Keamanan dan keharmonian sesebuah negara boleh dicapai melalui aktiviti kerjasama dalam bidang ekonomi,sosial dan politik. Hubungan luar atau hubungan antarabangsa merupakan satu kajian berkenaan hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara.Hubungan yang melampaui sempadan ini bukan sahaja melibatkan hubungan antara negara dengan negara,bahkan merupakan hubungan yang turut melibatkan faktor faktor lain. Faktor-faktor tersebut terdiri daripada organisasi dan institusi antarabangsa,syarikat-syarikat multinasional dan individu-individu.Kerajaan kita telah merancang dasar luar yang dinamik iaitu tidak kaku,tetap dan stereotaip,tetapi berupaya mengubah corak dan orientasinya selaras dengan maklum balas yang diterima oleh kerajaan serta setimpal dengan tuntutan masa serta keperluan negara. Objektif Secara ringkas, Ob...